Thursday, November 15, 2012

entri FLASHBACK 2bulan lepas


Assalamualaikum ..
Meh la kita flash back . harap jangan bosan . ;)
Allah memang sangat lah adil . Sangat lah mengetahui .
Merupakan perancangan terindah dan perancang terbaik .
Alhamdulillah . nak cerita sikit lah tentang saat indah seksa+nikmat menjadi seorang ibu .

23-Ogos-2012 bersamaan dengan 5syawal . ye . Rayyan As Syakirin di lahirkan pada 5 syawal pada jam 13:31 , dengan bantuan alat bersalin forcept . dengan berat 3.65kg . ;') subhanallah . kesakitan yang berharga . aku memang tak ada tanda nak bersalin . pegi klinik pun doktor cakap , baby tak turun masuk laluan lagi . aku bersaya umah mertua tahun ni , sebab en.suami , perlu kerja .. dia janji 22-ogos-2012 nak balik kampung aku , tapi dia kata penat . tak pe lah besoknya lah balik kampung kan .. aku redha . ha ha ha
pukul 6pagi 23-08-2012 tu aku bangun subuh , tengok-tengok kain dah basah . ingat air kencing . tapi fikir "tak kan aku tak leh kawal pundi kencing aku?" ha ha . pastu air kua lagi .. basah kain . menitik-nitik . tak sakit ape pun .. aku fikir ni lah kot orang cakap air ketuban . aku terus kejut  en.suami , dia mamai2 ingat aku kejut ajak balik kampung , so dia bermalas-malas .. sekali aku sih tengok lantai air menitik2 .. dia meloncat capai tuala , mandi , kelam kabut nak pegi sepital . ha ha . aku masih tenang . almaklumlah tak sakit lagi . siap leh ajak , singgah mamak breakfast . hehehe .. dah lapar , haruslah makan . sebab nurse kat KK tu cakap , sebelum sakit makan dulu sebab bila dah masuk sepital tak sempat nak makan . nanti tak de tenaga . uhuhuhu ... sampai sepital bukaan baru 3 cm . dalam kul 10 dia buka 4.5cm kul 11lbih dia buka 5cm , diorang dah standbay nak bawak aku masuk ward . time tu , kesakitannya ALLAH je tahu . 5min sekali . sakit . jangan tanya mcam mana sakit contraction tu . orang yang nak melahirkan tu je yang akan rasa hazabnya . naik ward dalam kul 12, then nurse tu check lagi bukaan . huh , dia godek3 bawak tu , lepas sorang sorang , sampai bukaan aku jadi 10.5cm , diorang kata fully booked . aku pun diorang tolak masuk labor room . OK . HTAR , Klang , suami tak boleh masuk . dengan segala kekuatan aku ada , aku guna untuk mengeluarkan anak tercinta . YA ALLAH . tak dapat digambarkan dengan kata-kata kesakitan dalam melahirkan amanahMU ya ALLAH .. setelah setangah jam aku bertarung nyawa meneran . tenaga aku semakin berkurangan .. dan seterusnya Doctor panggil forcept . huh , lagi satu azab ketika tu .. dan tepat jam 1331 , bayi lelaki aku selamat lahir ke dunia Alhamdulillah . ;) tapi aku seperti orang yang dah kehilangan tenaga . tak mampu berkata-kata . tak mampu memenang Rayyan , hanya mampu memandang . banyak darah aku yang keluar , sehinggan doctor yang keluarkan uri tu yang sepatutnya jahit luka aku panic dan panggil doctor senior untuk uruskan aku .. luka aku memang banyak , sebab kelahiran menggunakan forcept
ada 3lapisan jahitan . 2 lapisan di dalam , 1 lapisan di luar . ya ALLAH . sekali lagi , orang kata doctor jahit tu macm kena gigit semut , aku tak ! sakit gila dia jahit , walaupun dia dah vius aku 2x. arghhhh ..
dan dugaan lain datang , Nurse bawak rayyan dan bagi thu rayyan terpaksa di tahan kat wad sebab nafas dia laju . tapi time tu aku tak bape nak ada perasaan sebab aku sangat2 banyak kehilangan tenaga .
dari aku bersalin 1331 tu aku kua dari labor room pukul 1641 , lama kan ? huh . penat .
aku diorang bawak ke wad . rayyan aku tak sempat pegang . en.suami pergi tengok Rayyan dulu , azankan Rayyan . tapi aku tak larat lagi nak pegi . tak mampu nak bergerak .. dalam pukul 6ptg , aku gagahkan diri , nak cuci darah tu , time aku nak turun dari katil darah meleleh ke lantai masa aku turunkan kaki dari katil . en.suami dah tak keruan , dia panggil nurse , nurse suruh dia tolak aku guna kerusi roda pg toilet . and monitor aku , takut aku pitam . ye . aku nyaris pitam . sebab terlalu banyak darah yang keluar dari badan . nasib baik en.suami  banyak membantu , walaupun dia gelakkan aku . ye lah dia tak pernah tengok aku sakit . mungkin dia kelaka kot tengok aku cmtu . hahaha . tak kisahlah , asalkan dia tolong . then , kitorang pegi wad kanak2 . satu perasaan indah bila aku dapat tengok rayyan . ;) memberikan dia titisan emas amanah Allah pada aku untu di berikan pada dia ..
ini Rayyan pada hari pertama . dan RAYYAN ADALAH HADIAH BIRTHDAY yang paling indah sampai bila-bila . hadiah dari Allah <3


Rayyan Day 1 (23-08-2012)
hari ke 2 , Rayyan dan Mama dapat pulang ke rumah ! Alhamdulillah :)

dugaan Seterusnya datang .. bila hari ke3 , nurse datang check rayyan kat umah .
rayyan dikatakan kuning , perlu kehospital untuk ujian darah , nak tengok tahap kuning dia .
ye , sekali lagi ke HTAR . dan Rayyan perlu di tahan sekali lagi . hati ibu mana tak luluh .
luluh rasanya . di tambah pulak tak ada tempat kosong untuk ibu tidur bersama baby . menangis sepanjang malam . tak boleh tido . ALLAH je tahu . tak thu nak mengadu kat sapa tertekan sangat2 . last-last , aku msg mak aku . Mak je faham . mak yang tenang kan . hanya mak yang mengerti . aku nak mengadu kat en.suami , tapi akutengok dia pun dalam keadaan tertekan . so , aku diam kan je . pagi besoknya , aku ngan dia pgi hospital nak tngok buah hati mama tercinta ... tengok rayyan duduk bawah lampu . hancur hati . kesian , sedih . tengok tangan rayyan bertampal . doc ambik darah . bertambah berdarah hati ibu . T_T .
Alhamdulillah , nurse kata ada katil kosong untuk ibu dah bayi , sebab ubat sakit kuning hanya SUSU IBU .
;') 2hari tidur dengan Rayyan di ward . Alhamdulillah . 3hari Rayyan kuning rayyan di tahap selamat . <3
meh tengok gambar bawah . hati ibu mana boleh tahan  , tengok anak tercinta macam ni .. ;'(

siap pakai spek . ;'(



bermulalah kehidupan mama , baba dan rayyan . baba kata "INI KELUARGA KECIL SAYA" .
terharu okeyh ! ha ha ha .
Alhamdulillah , Rayyan membesar dengan jayanya !


pengorbanan ibu adalah tidak mampu dibalas . percayalah






No comments:

Post a Comment