Friday, September 30, 2011

ISU NASI LEMAK 2.0 dah macam NASI LEMAK PANAS


baik lah . Bismillahirrahmanirrahim .
ehem . jangan pertikaikan , apa aku nak tulis ni .
sebelum mengkome baca , ini peringatan ...

"apa juga penulisan yang aku coretkan ,
tak ada kena mengena dengan sesiapa
ini pandangan saya .
malaysia ada kebebasan untuk memiliki pandangan sendiri kan? "

aku tak pasti sama ada korang alert dengan berita tentang isu filem ni . atau tidak .
aku tetap nak jugak cerita . nak jugak tulis . aku banayk baca pasal blog yang tulis tentang NASI LEMAK 2.0 ni .
isu makin besr bila . pengarah filem ni NAMEWEE buat video F**K utusan . ha ha . bila aku tengok , aku senyum . aku tak kata dia salah . dia memang agak kasar untuk buat video tu . tapi , dengan komen yang SI UTUSAN tu tulis , memang itu lah sebenarnya realiti manusia akan buat.
cuma nya si NAMEWEE ni berani untuk expose kan realiti . kalau korang berada kat tempat dia .mesti korang rasa kan . korang susah payah buat FILM . orang yang tak tengok leh kritik . padahal TAK TENGOK pun lagi cerita tu . tak adil lah .

korang mesti akan kata . "ek eleh dak fad ni, cerita ye ye dok sokong namewee macam dah tengok cerita tu " meh sikit aku nak cerita . aku dah TENGOK ! so, korang apahal ? tak puas hati? aku pegi tengok , cerita tu full house . dan aku n Mr.Jantung hati sahaja orang melayu yang tengok . aku tak malu , aku bangga aku tengok cerita tu . kita kan 1 malaysia .

okey lah , aku pendekkan cerita , pandangan aku tentang cerita ni , apa yang namewee ni cube sampaikan , memang realiti kat malaysia . REALITY MALAYSIA okey . memang malaysia macam tu ? jangan hipokrit . itu lah malaysia tercinta . masej filem ni sampai kat aku .
malaysia ni , ada banyak kaum . memang kita ada budaya masing-masing , peganggan agama masing-masing . tapi kita rakyat yang duduk satu negara . so what the H*** yang korang nak kata cerita ni resist lah ape benda lah . TIDAK . TIDAK . TIDAK .

setuju kiranya aku kata yang malaysia kaya dengan makanan . korang duduk malaysia korang tahu lah kan ? nasi lemak tu simbolik dengan malaysia . semua kaum kat malaysia majoriti nya makan nasik lemak kan ? kalau tak makan pun , mesti tahu ape benda lah nasi lemak tu kan ?
nasik lemak sekarang dah di adaptasi , makan dengan macam-macam lauk . sebab apa ? sebab ikut selera masyarakat MALAYSIA . malaysia ada banyak KAUM DAN BUDAYA .

dalam cerita ni , pencarian si HERO untuk resepi nasi lemak terbagus dah bawak dia jumpa macm-macam orang , macam-macam budaya , macam-macam bangsa . dari dia yang bersifat "CINA" at last , dia terima yang , bila dia campur dan belajar dari semua kaum kat malaysia baru lah dia dapat NASI LEMAK YANG TERBAGUS . dapat tak mesej dia ?
meh aku terang kan ....

KALAU SEMUA KAUM KAT MALAYSIA NI BERSATU .
KALAU KITA SALING MEMBANTU .
KALAU KITA SALING MENGHORMATi .
MALAYSIA AKAN JADI NEGARA YANG LEBIH MAJU .
LEBIH BAGUS DARI HARI NI .

so , korang yang tak tengok lagi , sila lah tengok . ini lah realiti hidup kat malaysia . tengok dulu .
then baru lah judge okey ? :)

p/s : lapar lah pulak . masik lemak lauk rendang .

aku bagi muka , kau pijak kepala

hey hey hey . aku tak percaya cinta .
aku tak percaya cinta .... annoying kan ? *abaikan*

okey , entri kali ni , tak berapa nak berat tak berapa nak ringan .
yang sedang-sedang saja . hee~

baca tajuk entri pun korang mesti rasa aku dalam keadaan . BENGGANG .
mungkin dan , agak ah .
dalam hidup aku , aku jumpa ramai orang , aku berkawan dengan macam-macam
perangai orang . for sure , mengkome pon same jugak kan .
kenalah dengan pepatah melayu "rambut sama hitam hati lain-lain"
walau pun kau kaler rambut , rambut kau asalnya hitam asli berkilau bercahaya kan ?
kecuali lah , kau berdarah campuran . tak payah lah aku terang kan , aku pasti yang korang faham .

macam-macam perangai manusia ni .
tapi sekarang ni ,eh . bukan sekarang . sejak berzaman dulu kala.
tersebut lah kisah , aku ni tak de lah baik sangat .
manusia , biasalah . tak sempurna . kan . pernah gak aku sakit kan hati orang .
dan orang pun penah sakit kan hati aku . so aku ambik satu prinsip hidup iaitu
"Aku perlu kurang dan kurang dan kurang kan tindakan yang boleh menyakitkan hati orang"
aku stress kan pada ayat di atas KURANG sebanyak 3x. maksudnya ini serius !
so. aku tak nak carik masalah dengan orang . tapi kan ,
korang pun mesti setuju ngan aku . bila aku cakap , kita baik sangat dengan orang ,
bagi muka sangat dengan orang . orang pijak kepala kita . SETUJU ?

kenapa manusia selalu mengambil kesempatan ?
kenapa kita perlu macam tu ?
aku tak faham .
nonsense !

p/s: sangat sakit hati . terima kasih .

Monday, September 26, 2011

bila MUDA bertemu TUA

hey peeps ,
its MONDAY again . what the H*** .
senin ? eurghhh .. apa kah dugaan nya hari isnin ni .
mata berat sangat nak di buka . bawak moto pun , bukak suku dari saiz bukaan kelopak mata yang sebenar . sungguh sadis cerita aku kan ?

BLUES weyh . lemau . sampai office on PC , terus meluru klik mozilla .
gigih bukak MUKABUKU kesayangan . nak melihat keadaan rakan-rakan.
walau aku tak tegur korang , belum tentu yang aku tak ambik tahu taw .
aku tengok korang dari jauh . dan doakan yang terbaik untuk korang taw :)

p/s:banyak kerja nak buat , ti aku sambung entri . tajuk di atas abaikan . tak ada masa update . :)

Friday, September 23, 2011

getaran jiwa gegaran mental

selamat hari jumaat .

aku tak ada motif yang betul untuk menulis .
cuma aku nak sampaikan , aku pun tak faham kenapa kau perlu macam tu .
kau yang sebenarnya tak faham yang aku faham .

jangan desak aku . benda kecik . jangan emosi .
aku ada hidup aku macam kau jugak .
kalau kau rasa kau dah menyakitkan hati aku .
cukup cakap sekali kau mintak maaf .
tak perlu desak aku balas setiap hurup erkataan yang kau hadiahkan untuk aku .

dalam hidup ni , jangan terlalu negative .
bila kau negative , semua yang kau sangka akan berubah jadi sebaliknya .
itu kau kena tahu . aku okey . aku tak di ajar membenci .
cuma aku tak nak bercakap saat aku sakit hati .
cukup aku sakit sendiri . kata maaf tu dah cukup buat hati aku sejuk macam kat kutup sana .

aku tak pernah buang kawan .
bagi aku , kawan walau busuk mana dia pernah buat ,
dia tetap kawan . semua orang berhak dapat peluang ke dua .
kau buat aku bisu . tak tahu apa yang aku patut cakap .

hati-hati dengan perkataan . lidah lagi tajam dari pedang .

p/s: ada orang tanya aku tentang blog . ;) thanks .

Thursday, September 22, 2011

putih lebih bersih

holla .

entri ini berbentuk ringan .
sedang menanti si buah hati .
sedang menyalahgunakan internet free di pejabat .
waktu pejabat dah habis , tapi mr.addicted tak sampai lagi .
jalan jam katanya .

pelik mungkin , sejak bila dia jadi driver aku .
tapi , dia yang janji katanya kalau dia cuti . sanggup bangun awal pagi hanta aku
pergi keje . so kekdahnya , perlu lah dia berkorban .

oh, related dengan perkara di atas , aku penah
dengar quote ni "lelaki sanggup berkorban APA SAJA , sebelum perkahwinan ,
tapi lepas kahwin , perempuan yang WAJIB berkorban APA saja untuk lelaki"
so, aku dengan ini nak cakap yang ,
bia lah dia susah payah dulu sebelum dia buli aku mengunakan kuasa SUAMI .
sebab aku perlu akur . demi mencari SYURGA.
:p dah , tak yah nak kerut3 dahi .
bialah .... tak salah untuk kita fikirkaan sesuatu yang baik kan ?

anyway , aku tak de ape mende nak tulis .
maaf .

p/s : hari ni aku gembira . tp, ada sesuatu yang menhancurkan hati . dem ! kawan owh kawan .

Monday, September 19, 2011

new born

hey .

Its me again . yes . fad again .
wondering . apa hal lak makcik ni bukak account belog baru ?
okey . penjelasan nya adalah : AKU TAK SETIA :
belog lama aku sibudakgemok tu dah gelong ala-ala tayar pancit gamaknya .
tak dapat di betul kan . tak pastii virus ataupun apa .
so, that belog will be delete soon . as soon as possible .

kenangan ? biar kan .
biar ni nafas baru . ini hidup baru .
life baru , masih dengan yang lama *tembikai* pon boolat jugak .
cuma , life style , time table hidup . semua berbeza .

belog ni , adalah tempat untuk aku lepaskan idea yang bernas lagi menarik *tarik plasti kosong*
pengsan* entah sejak bila . aku hebat menulis . tapi aku cuba .
kongsi kegiatan hidup aku . yang mungkin boleh jadi teladan . walau aku tahu aku ni ,
bukan manusia hebat . jadi pujaan ramai . tapi , "pengalaman itu mengajar kita" kan ?
kita sama-sama belajar okey?

tulisan aku mungkin buruk , atau busuk . yang buat korang meluat , atau mungkin
fikir 'poyo lah pempuan ni' never mind . aku sedang belajar sayang orang yang benci aku .
sebab aku pasti yang kalau kita ikhlas sayang kan orang . nanti orang akan lembut hati .

aku tak ada musuh . tak pernah jadikan orang lain musuh .
aku belajar tentang hidup tak bermusuh . sebab bermusuh akan membusukkan hati .
MUNGKIN . ada orang yang jadi kan aku one of their enemy .
ini hidup aku . kita tak sama .

JOM sama-sama belajar .

with love,
Nur Fadilah Mohamad Mukhtar