Friday, September 30, 2011

ISU NASI LEMAK 2.0 dah macam NASI LEMAK PANAS


baik lah . Bismillahirrahmanirrahim .
ehem . jangan pertikaikan , apa aku nak tulis ni .
sebelum mengkome baca , ini peringatan ...

"apa juga penulisan yang aku coretkan ,
tak ada kena mengena dengan sesiapa
ini pandangan saya .
malaysia ada kebebasan untuk memiliki pandangan sendiri kan? "

aku tak pasti sama ada korang alert dengan berita tentang isu filem ni . atau tidak .
aku tetap nak jugak cerita . nak jugak tulis . aku banayk baca pasal blog yang tulis tentang NASI LEMAK 2.0 ni .
isu makin besr bila . pengarah filem ni NAMEWEE buat video F**K utusan . ha ha . bila aku tengok , aku senyum . aku tak kata dia salah . dia memang agak kasar untuk buat video tu . tapi , dengan komen yang SI UTUSAN tu tulis , memang itu lah sebenarnya realiti manusia akan buat.
cuma nya si NAMEWEE ni berani untuk expose kan realiti . kalau korang berada kat tempat dia .mesti korang rasa kan . korang susah payah buat FILM . orang yang tak tengok leh kritik . padahal TAK TENGOK pun lagi cerita tu . tak adil lah .

korang mesti akan kata . "ek eleh dak fad ni, cerita ye ye dok sokong namewee macam dah tengok cerita tu " meh sikit aku nak cerita . aku dah TENGOK ! so, korang apahal ? tak puas hati? aku pegi tengok , cerita tu full house . dan aku n Mr.Jantung hati sahaja orang melayu yang tengok . aku tak malu , aku bangga aku tengok cerita tu . kita kan 1 malaysia .

okey lah , aku pendekkan cerita , pandangan aku tentang cerita ni , apa yang namewee ni cube sampaikan , memang realiti kat malaysia . REALITY MALAYSIA okey . memang malaysia macam tu ? jangan hipokrit . itu lah malaysia tercinta . masej filem ni sampai kat aku .
malaysia ni , ada banyak kaum . memang kita ada budaya masing-masing , peganggan agama masing-masing . tapi kita rakyat yang duduk satu negara . so what the H*** yang korang nak kata cerita ni resist lah ape benda lah . TIDAK . TIDAK . TIDAK .

setuju kiranya aku kata yang malaysia kaya dengan makanan . korang duduk malaysia korang tahu lah kan ? nasi lemak tu simbolik dengan malaysia . semua kaum kat malaysia majoriti nya makan nasik lemak kan ? kalau tak makan pun , mesti tahu ape benda lah nasi lemak tu kan ?
nasik lemak sekarang dah di adaptasi , makan dengan macam-macam lauk . sebab apa ? sebab ikut selera masyarakat MALAYSIA . malaysia ada banyak KAUM DAN BUDAYA .

dalam cerita ni , pencarian si HERO untuk resepi nasi lemak terbagus dah bawak dia jumpa macm-macam orang , macam-macam budaya , macam-macam bangsa . dari dia yang bersifat "CINA" at last , dia terima yang , bila dia campur dan belajar dari semua kaum kat malaysia baru lah dia dapat NASI LEMAK YANG TERBAGUS . dapat tak mesej dia ?
meh aku terang kan ....

KALAU SEMUA KAUM KAT MALAYSIA NI BERSATU .
KALAU KITA SALING MEMBANTU .
KALAU KITA SALING MENGHORMATi .
MALAYSIA AKAN JADI NEGARA YANG LEBIH MAJU .
LEBIH BAGUS DARI HARI NI .

so , korang yang tak tengok lagi , sila lah tengok . ini lah realiti hidup kat malaysia . tengok dulu .
then baru lah judge okey ? :)

p/s : lapar lah pulak . masik lemak lauk rendang .

No comments:

Post a Comment