Friday, November 4, 2011

senario pulang kerja

hai hai . Assalamualaikum ..
lama tak hapdate belog ini . rindu rasanya , bukan tak ade cerita nak aku ceritakan ,
tapi masa yang tak mengizinkan .
;) penat tau jadi orang yang baru nak biasakan diri dengan alam DEWASA ni . hik2 .
*aku masih lagi merasakan yang aku muda remaja*

seperti yang tuan , puan , saudara serta saudari sedia maklum .
eceyceh .... macam berpidato kau kan . ha ha ha . lama rasanya tak syok sendiri .
menulis , dan tak pasti siapa yang membaca , mungkin cik kiah sebelah umah , atau pak meon jiran kampung , mak timah jual pecal , atau kakak hot pakai baju bling-bling . dan yang paling ngeri adalah abang sexy yang aku admire macho ala-ala farid kamil . okey . sekian cerita . terima kasih membaca .


eh , belom-belom .
ceritanya adalah , aku ni kan kakak rempit yang balik kerje dan pergi kerje , balik kampung bawak motor, pergi pasar nek motor , dan mana-mana lah yang memungkinkan aku naik motor .
jadi, setiap hari HAMSTER merah lah menjadi teman setia , yang sanggup berhujung panas , dan sanggup berdebu asalkan dapat pastikan aku sampai ke destinasi .
aku pulang dari kerja jam 5.30 petang , dan pastinya aku lah yang pukul 5.15 dah shutdown PC .
almaklumlah , perjalanan aku dari PJ ke klang mengambil masa 1jam . tak termasuk keadaan jalan yang menakutkan bila hujan dan jem .

semalam ,ada kejadian yang buat aku kecewa tau .
ade lah abang yang motor dia rosak , pastu ada pakcik tarik motor dia .
ok fine lah , lorong motor jadi sempit .
trafik jalan motor jadi slow lah sikit . sebab tak boleh nak potong diorang .
so, aku dan geng-geng abang-abang yang balik kerja naik motor ni dengan sabar lah , follow sementara nak lepaskan jalan sempit tu .
kesian aku tengok , abang moto rosak tu mesti stress balik kerja penat . motor tak boleh hidup.
so , aku pun sabar je lah dengan kelambatan tu , sebab aku pasti ini hari dia , ntah esok lusa hari aku ..

tapi , ada orang yang sangat menyakitkan hati kat belakang aku yang HON HON HON dan terus HON . macam haram jadah mintak makian dengan aku . tak reti sabar , dok blakang aku aku still leh dengar dia cakap "huh,menyusahkan , lembap" . aku kan , mmg rasa nak sepak je muka di alaju-laju . macam dia je penat . macam dia je nak cepat . orang lain pun nak cepat jugak tau ! tapi orang lain boleh je sabar , tak nak tolong pun , tolong bersabar kan boleh . ape lah .

orang kita ni , kalau Motor orang rosak , tak de nak tolong nye *kecuali orang berhat mulia* tapi bila excident sebok lah nak tenggok , jalan pun leh jem sebab semua orang nak tengok kejadian .
satu je yang aku nak cakap adalah "time orang susah , tolonglah faham keadaan orang tu letak orang tu di tempat kita" . kalau tak nak tolong p[un tak pe . tapi tolong faham .

sekian sahaja , KITA JANGAN JADI ORANG YANG PENTINGKAN DIRI . ye kawan-kawan .
kita baik , balasannya nye pun baik , kalau tak dapat kat dunia pun ALLAH akan bagi kat sana nanti .

mak&abah tak senang tido kata en.tembikai. 27nov2011. ;)

No comments:

Post a Comment