Tuesday, December 6, 2011

Perasaan itu halus ciptaannya . dan aku bernama wanita .


pakcik google sentiasa memahami .

lama tak menjeguk belog yang di sayang ini , *kunun-kunun* .
bukan tak ada niat nak update . tapi , lambakan kerja hujung tahun .
tak mengizinkan . terlalu sibuk . dengan segala persiapan . eceh . ha ha ha .

hari tu , tengok OMBAK RINDU . confirm kome tahu kan tentang cerita tu . he he .
sume orang dok hapdet tentang cerita tu . yeah . memang best . Tragis,Romantik,menyentuh jiwa . biasalah . hati seorang wanita . tambah pulak aku memang kuat berangan . ha ha ha .

tapi betul lah , kita akan dapat pasangan yang belawanan . macam magnet . saling menarik antara satu sama lain . disebabkan perbezaan kutub . aku memang rumit , aku mulut memang jahat , aku memang senang menghamburkan rasa tak pusa hti dari menyimpan sesuatu yang menyakitkan . itu lah aku . aku mengaku , aku mudah tersentuh , aku manja , aku seorang yang mengharapkan perhatian . ;) memang rumit .

orang yang aku sayang itu terlalu berbeza . dia sangat bersahaja . sangat-sangat bersahaja .
seorang yang tak mempunyai masa untuk memikirkan perkara remeh seperti aku . seorang yang bertindak dengan memikirkan tentang kesenangan dirinya . seorang yang tak pernah memberi peluang hidupnya di penuhi emosi . tapi dialah yang aku pilih . kerana sikapnya yang mungkin tak sempurna itu aku merasakan dia begitu istimewa . mungkin kerana air mata yang selalu mengalir kerana terluka ini yang menjadikan ikatan ini lebih kukuh .

"redha itu ikhlas , pasrah itu menyerah"

walaupun kadang kala merasakan diri ini selalu pasrah dengan segala dugaan yang datang .
tipu andai aku kata , aku tak pernah terluka . tipu juga aku kata hubungai ini sentiasa memerlukan pengorbanan . tapi aku percaya yang SABAR ITU MENANG . ;)
tak ada perkara yang mendatangkan kejayaan dan kebahagiaan tanpa pengorbanan .
tidak ada ! jadi aku belajar untuk redha . mungkin kesakitan yang terasa hari ini adalah nilai bahagia satu hari nanti :) Insya ALLAH .

mak dah sibuk suh siapkan hantaran . dan aku kena terima kenyataan .
barang wat hantaran itu mahal . adoi . but ,
LESS is MORE . take it as a guide line!

No comments:

Post a Comment