Saturday, November 17, 2012

Ayam Masak lemak cili padi

simple but nice ;)

Salam sabtu semua .
mencari menu nak memasak . nasib en.suami sentiasa ada request .
kenkadang bila buntu , dia datang membantu .
ni lauk kami malam tadi . :)
tak lah susah mana pun nak buat lauk ni . sekejap sahaja .
bahan pun tak banyak . tapi rasa , alhamdulillah , boleh membuatkan anda menambah nasik .

mana tahu korang teringin nak masak ni , kot-kot nak try versi aku ni
aku sertakan resepi di sini . ha ha ha . *kekok lak wat entri resepi ni .

bahan bahan nya adalah :
  • 6 ketul ayam
  • 2 biji kentang 
  • sebatang serai 
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih *
  • 7 biji cili padi *
  • 1 keping asam keping 
  • santan (suka hati nak kuah banyak ke tak)
  • garam
  • halia (sikit je)*
cara-caranya :
  1. tumbuk bahan bertanda * . tumbuk lumat-lumat
  2. titikkan serai seperti biasa
  3. panaskan kuali@periuk pilihan .
  4. layukan ayam , tak payah pakai minyak , sampai ayam tu layu (daging ayam akan bertukar putih)
  5. masukkan bahan yang ditumbuk termasuk serai.
  6. masuk kan santan cair . gaul rata .
  7. masukkan kentang & asam keping 
  8. reneh seketika , biar kentang lembut . 
  9. masukkan santan pekat , letak garam . adjust rasa sesedapnya . *aku letak sikit sesedap rasa sebab aku tak letak ajinomoto . 
  10. dah sedap rasa , tutup api . sedia di hidang kan ! 
selamat mencuba :) mudah dan pantas .


No comments:

Post a Comment