Saturday, November 24, 2012

Spring Onion & Ginger Chicken

Alhamdulillah ;)
tercetusnya resepi ni , dari aku makan kan JJ hari tu . tak tahu mna datang resepi .
semua ikut deria rasa jeee ... haha . tapi Alhamdulillah ! en.suami kata  , boleh buat lagi!
meooowwwww .. happy sungguh ..

okey . aku baru baik demam . baru mampu nak memasak . dan 2hari tak ke dapur .
kesian en.suami . makan tapau ! hehehe ..

Monday, November 19, 2012

hamster merah saya .

Assalamualaikum .
hai hai hai ;) hari ni hari isnin . hari paling malas .
kerja aku berlambak-lambak . rasa nak muntah .
kalau boleh up sikit . muntah hijau ! ha ha ha .

tadi balik g isi minyak motor , baik punye parking ,
baru aku perasan dah dekat 5thun aku bawak dia kehulu krhilir ,
banyak betul jasa dia pada aku ...
aku tak de pun snap pic dia ..
 jom kita tengok , siapa yang aku maksudnkan ....

ini si gagah saya
:) inilah harta yang bapak bagi pada aku . ye . sebenarnya dia bagi aku motor lama , pastu dia beli motor ni , motor baru , 5thun lepas .. mcm biasalah aku guna ayat bodek baik punya lah nk tukar motor .
bapak bgi tukar pakai . last3 dah tak tukar pakai dah . dia bagi terusssss .. cool kan bapak aku .
walaupun mak pak orang lain bagi kereta , tak pe , aku tetap bersyukur , bapak aku sudi bagi aku anugerah ni . ini cinta kasih dari ayah pada anaknya . banyak kenangan aku ngn moto ni . excident pun ngn moto ni .
motor ni lah yang aku bawak kehulu kehilir . dengan selamba nya , balik kampung naik motor sorang-sorang . Bangi-Sekinchan . memula , bapak aku bising2 gak . ye lah risau . tapi aku mmg tak kuasa nak turun naik tren , menpak g pudu . ambik bas . MALAS . ha ha , kalau naik moto nak balik bila-bila pun boleh .
sampai lah aku kerja , masih naik motor lagi klang-PJ .kalau orang tanya tak penat ke ? tipu kalau cakap tak penat , tapi bak kata pepatah ."alah bisa tegal biasa" . membawak sampai aku dah kawen dan mengandung . masih lagi bawak motor . semua orang risau tengok aku , 8bulan still merempit bawak motor ulang alik klang-PJ-klang . ntah lah , bagi aku , aku percaya kuasa Allah . aku yakin Allah akan lindungi aku , DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. aku tak nak orang kata aku lembik .
aku tak nak orang nampk aku lembik , sebab aku BOLEH .
bukan en.suami tak suruh aku drive . tapi aku yang tak nak  rimas aku nk mengadap jalan jem  , jawpannya
adalah TAK NAK . ha ha ha . aku selesa dengan si merah ni .. ntah lah , aku mmg lagi suka bawak moto dari kereta . sebab dlam kereta kau tido. ha ha ha .
apa-apa pun . inilah amanah yang bapak bagi . semoga ianya teruus elok dan berguna !

Rayyan dan tido . aku pun mengantuk !

MEREKA SAUDARA KITA



tak perlu cakap banyak . doakan mereka . mereka saudara kita . ;')

Sunday, November 18, 2012

Pilihan Mama untuk Rayyan


Dypers WeeWeeDRY M80
Salam Ahad . walaupun dah nak hujung hari ahad pun .
hari ni , en.suami bawa aku ngan rayyan kua g TESCO klang .
yang dekat bukit tinggi tu . saje berjalan-jalan , sambil carik barang2 umah .
memang niat hati nak beli pampers Rayyan , sebab pampers dia dah nak habis .
tapi nak beli kat 99speedmart . dekat je ngan umah aku , 5min je pun ,
tapi en.suami kata pg tesco dulu balik ti baru singgah .
heee ,, aku beli pampers anak pun excited . sebab aku nak tukar saiz S ke M .
aku suka drypers ! sebab dia warna warni . pastu daya penyerapan pun bagus .
harga pun berpatutan . kira mampulah untuk aku kan . heee .. kenapa aku tukar saiz ?
sebab , aku nak rayyan pakai saiz M sebab saiz M ada yang 80kpg stu pack, mcam kat atas tu.
saiz S yang paling besar pun 58kpg satu pack. kalau kat 99speedmart RM26.** , kalau M80 tu RM37.**
heee .. pastu g tesco saje lah tengok kat tempat pampers tu , sekali tengok , M80 cuma RM31.65 , heee
suke gile hati aku . banyak oo bezanya . ada promotion . murah ! rezeki Rayyan . :)
comel kan :)

saya pilih drypers sebab berbaloi dan berpatutan + sangat comel . ha ha ha
Rayyan selesa dengan Drypers !
mama rayyan ada idaman kalbu yang baru !

Saturday, November 17, 2012

impian hati , idaman kalbu

malam-malam ni , memang waktu sesuai , bila Rayyan dah tido , mama ada masa nak berangan.
dan membuat keputusan untuk share di sini .
since aku seorang ibu yang menyusukan rayyan secara exclusive ,
haruslah , aku adalah insan yang gigih mengepam susu untuk dijadikan bekalan buat rayyan .
rayyan dah semakin tinggi permintaannya , paling kurang dia minum , 20oz dari 7pg-7mlm , dan kadang-kadang boleh minum 27oz , ikut mood dia .
bagi amatur macam aku yang guna marmet (cara semula jadi, guna jari tanpa pump) style .  memang
marmet mampu kosongkan breast korang 100% , sangat bagus . kerana ianya skin to skin touch yang boleh meransang pengeluaran susu .
tapi , buat masa sekarang yang dah masuk hujung tahun , ianya agak tidak practical untuk aku .
walaupun boss aku tak kisah aku ambik masa 1jam 10min kelongaran waktu kerja , dimana aku akan perah susu pada pukul 8.30pg , 11pg , 1.30ptg dan 4ptg , setiap sesi ambil masa 20min .
tpi , sekarang kerja aku bertimbun-timbun , almaklumlah dah masuk hujung tahun .
cara marmet agak letih , tangan dan tengkuk akan lenguh . kengkadang tak larat rasanya .
tapi aku gagahkan jugak , demi rayyan tercinta .. :)
aku tercari-cari pump yang review nya baik dari mommy-mommy yang lebih berpengalaman .
dan ini adalah idaman kalbu :

madela freestyle ;) cinta.cinta .
merujuk pada google search yang aku dah buat , memang ramai yang puas hati dengan FS ni . tak silap aku , pump ni adalah pump terkecil di dunia , besar tapak tangan je . maksudnya ia mudah dibawa kemana-mana .
kenapa namanya freestyle . sebab dia handsfree ! hebat kan . boleh buat kerja lain sambil pump .
dia ada masa , tu , yang ad a nombor tu , so, kita boleh tahu dah bape lama kita pump . weeee ~
sungguh jatuh cinta .dia ringan , dan boleh operate guna bateri . tapi regenya agak mahal . ehem .. :) tertelan air liur sat . paling murah RM16** .. orang macam aku yang bukan tahap kemampuan aku . ku pendamkan hasrat di hati . tak pe lah , mungkin belum rezeki aku lagi .. insyaAllah . satu hari nanti . SATU HARI NANTI .

dan lagi satu , InsyaAllah akan aku usahakan jadi milik aku .. adalah yang ini ...
madela swing :) insyaALLAH .

dia ringan . dia kecil . suction smooth mcm hispan baby yang dapat merangsang penghasilan susu .
harga RM65* . ada bunyi , review org kata macm vibrate . mudah dibawa . wuuhhuuu ..
aku sangat2 memerlukannya . InsyaAllah rezeki Allah . :)

kenapa aku suka madela ? sebab masa kat HTAR rayyan kena tahan dulu , aku tinggal kt ward , diorang ada sediakan pump madela ni . tak tahu model ape . besar je . tapi suction dia smooth jeeee ..
sejak tu aku jatuh hati dengan madela dan ditambah dengan review org pasal madela pump . ape segala jenis , bagus jeee . aku semakin yakin . ha ha ha.

ada suara sumbang kata , membazir beli pump memahal . 
sebab beli pump mahal sekali , tak payah beli susu tepung 
tiap minggu yang bila ditambah , mahal jugak jumlahnya .
dan yang paling penting jawapan aku :
"saya hanya mahu berikan yang terbaik untuk RAYYAN dan SUSU IBU adalah yang TERBAIK"

KAMI SAMA

:) see , kami dapat kongsi birthday pada tarikh yang sama . hari yang sama khamis , cuma tahun dan waktu yang berbeza . aku bersalin secara normal . tanpa paksaan . mmg rayyan nak kuan 23-8 sama macam mama . <3

YA ALLAH , percaturan Allah sangat indah .


Ayam Masak lemak cili padi

simple but nice ;)

Salam sabtu semua .
mencari menu nak memasak . nasib en.suami sentiasa ada request .
kenkadang bila buntu , dia datang membantu .
ni lauk kami malam tadi . :)
tak lah susah mana pun nak buat lauk ni . sekejap sahaja .
bahan pun tak banyak . tapi rasa , alhamdulillah , boleh membuatkan anda menambah nasik .

mana tahu korang teringin nak masak ni , kot-kot nak try versi aku ni
aku sertakan resepi di sini . ha ha ha . *kekok lak wat entri resepi ni .

bahan bahan nya adalah :
  • 6 ketul ayam
  • 2 biji kentang 
  • sebatang serai 
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih *
  • 7 biji cili padi *
  • 1 keping asam keping 
  • santan (suka hati nak kuah banyak ke tak)
  • garam
  • halia (sikit je)*
cara-caranya :
  1. tumbuk bahan bertanda * . tumbuk lumat-lumat
  2. titikkan serai seperti biasa
  3. panaskan kuali@periuk pilihan .
  4. layukan ayam , tak payah pakai minyak , sampai ayam tu layu (daging ayam akan bertukar putih)
  5. masukkan bahan yang ditumbuk termasuk serai.
  6. masuk kan santan cair . gaul rata .
  7. masukkan kentang & asam keping 
  8. reneh seketika , biar kentang lembut . 
  9. masukkan santan pekat , letak garam . adjust rasa sesedapnya . *aku letak sikit sesedap rasa sebab aku tak letak ajinomoto . 
  10. dah sedap rasa , tutup api . sedia di hidang kan ! 
selamat mencuba :) mudah dan pantas .


Friday, November 16, 2012

pengsan !

aku memang rasa nak pengsan bila tengok meja sendiri .
huh . di sana sini kertas . merata-rata .
hidup aku jadi haru . tapi itu lah kerja . WHAT TO DO .
amanah bro ! ha ha ha .

kadang-kadang aku TERmengeluh . tak elok kan .
tapi naluri manusia aku , terlepas laku .
aku sangat penat . sangat2!

sedangkan sebenarnya , aku sangat tak boleh stress .
productiviti aku semakin berkurangan .
aku tak mampu nak lupa kan kerja walau sesaat .
YA ALLAH . lapangkanlah dada dan waktu ku .
semoga aku tenang .. ;')

ada orang  tanya aku

UCU : macam mana kau mengandungkan budak ni ude . senang nak jaga . tak meragam . 
           ini jenis budak , campak mana je tak ada masalah . senang orang nak jaga .

AKU : tak ada ape pun cu . mcam biasa je .. 

sebenarnya , ramai yang cakap , senang nak jaga Rayyan . Alhamdulillah . sepanjang nak masuk 3bulan ni ,
aku akui , Rayyan mmg jenis budak yang banyak ragam . dia tak pernah sakit teruk , cuma time nak masuk 2bulan tu dia ada batuk 3hari yang ada kahak , tapi aku masih percaya . khasiat susu ibu . aku tak bawak dia g klinik pun , dia baik dengan sendirinya . rayyan pun tak pernah kembung perut , alhamdulillah . so , aku tak tahu lah kalau orang tanya mcm mana nak handle anak kembung perut . semoga Rayyan terus sihat . ;)
hm .. Rayyan tidur tanpa buaian , Rayyan ralat tengok TV , Rayyan suka isap jari , kunci utama nak tidokan rayyan adalak kenyangkan dia . ha ha. kalau dah kenyang , kau bg dia tengok TV , dia leka-leka , tido lah sendiri .. Rayyan tak pandai mengamuk kalau kejut dia tido . cuma mengamuk kalau lmbat bgi susu . Rayyan kuat minum susu . huhu . walau aku kena usaha lebih tapi hati ibu  mana tak bahagia tengok anak dia membesar bagai juara kan .

ok , stres-stres . bila tengok gambar ni , terus hilang stress ;)


Ini buah hati pengarang jantung saya ;)
cuma apa yang boleh aku cakap . masa aku mengandung , aku memang sensetif . aku selalu terasa ,
tapi aku ingat , aku mengandung kena jaga tingkah laku . so , aku selalu cakap kat rayyan masa dia dalam perut . "rayyan nanti jangan meragam ye , jadi manusia yang menyenangkan semua orang ye" "rayyan dah besar jadi anak soleh , anak beriman, anak yang kuat ye" "rayyan nanti kena pandai bawak diri , jangan memgharapkan orang , kena usaha buat sendiri " aku tahu ayat aku semua macam emosi kan .. ha ha , tapi mungkin jugak ayat emosi aku tu yang buat rayyan tahu diri dia . ;') 

lagi satu , time aku mengandung aku mmg tak ada masalah alah teruk , ada ar jugak muntah tapi tak teruk sangat lah  TAPI , dari awal mengandung aku kekurangan KALSIUM yang agak teruk . dari awal sampai hujung mengandung , aku sakit tulang , dengan kebas sana-sini . YA ALLAH . doctor pun tak leh nak wat apa , sebab itu skit pembawakan budak . dan sehingga usia kandungan 8bulan ++ aku masih pegi kerja naik motor . opss ! jangan pandang serong pada suami aku , bukan dia tak bagi aku bawak kereta , tapi aku yang TAK NAK ! sebab aku duduk klang , aku keje kat PJ , mampu aku nak meredah jem pegi balik . huh . naik darah tinggi , so , aku lebih selesa naik motor .. biar lah apa orang kata , ye AKU PENUNGGANG TEGAR . ;) siapa kata orang mengandung tak kuat ? hehehe , semoga Rayyan KUAT ! InsyaAllah . 


politik office memang memualkan.

Thursday, November 15, 2012

percayakan SUSU IBU

;) Rayyan masih lagi minum susu ibu . ye . saya seorang yang masih berusaha menyusukan rayyan secara exclusive . sangat mentah . sangat cetek ilmu pengetahuan . aku masih menimba ilmu . aku masih lagi mencari info . belajar dan terus belajar . aku percaya dengan khasiat susu ibu . aku percaya aku mampu untuk teruskan penyusuan ibu . sebab ORANG LAIN PUN MAMPU !

aku tak memperlekehkan orang yang bg anak mereka FM . itu hak masing-masing . amanah Allah pada kita . seorang IBU . tapi kalau boleh aku syorkan anda semua memberikan anak anda dengan susu IBU kerana susu ibu adalah susu TERBAIK ! aku akui , sebagai orang yang amatur ni . memang banyak kerja nak handle susu ibu ni . perlukan ada pengorbanan ! tapi demi anak tercinta . kita perlu korbankan masa , usaha , dan tenaga . kerana nak memberikan yang terbaik . SUSU IBU ADALAH SUSU TERBAIK .

dan aku bernasib baik ,sebab BS rayyan sanggup nak urus kan EBM , aku pun print lah segala yang perlu , aku google , cara pengendalian EBM  bagai . bg kat BS rayyan . Alhamdulillah , dia terima dengan tangan terbuka .

doakan aku mampu ye . menyusukan rayyan sampai usianya 2Tahun . InsyaALLAH !

saya seorang amatur dan memerlukan tunjuk ajar . ;)

entri FLASHBACK 2bulan lepas


Assalamualaikum ..
Meh la kita flash back . harap jangan bosan . ;)
Allah memang sangat lah adil . Sangat lah mengetahui .
Merupakan perancangan terindah dan perancang terbaik .
Alhamdulillah . nak cerita sikit lah tentang saat indah seksa+nikmat menjadi seorang ibu .

23-Ogos-2012 bersamaan dengan 5syawal . ye . Rayyan As Syakirin di lahirkan pada 5 syawal pada jam 13:31 , dengan bantuan alat bersalin forcept . dengan berat 3.65kg . ;') subhanallah . kesakitan yang berharga . aku memang tak ada tanda nak bersalin . pegi klinik pun doktor cakap , baby tak turun masuk laluan lagi . aku bersaya umah mertua tahun ni , sebab en.suami , perlu kerja .. dia janji 22-ogos-2012 nak balik kampung aku , tapi dia kata penat . tak pe lah besoknya lah balik kampung kan .. aku redha . ha ha ha
pukul 6pagi 23-08-2012 tu aku bangun subuh , tengok-tengok kain dah basah . ingat air kencing . tapi fikir "tak kan aku tak leh kawal pundi kencing aku?" ha ha . pastu air kua lagi .. basah kain . menitik-nitik . tak sakit ape pun .. aku fikir ni lah kot orang cakap air ketuban . aku terus kejut  en.suami , dia mamai2 ingat aku kejut ajak balik kampung , so dia bermalas-malas .. sekali aku sih tengok lantai air menitik2 .. dia meloncat capai tuala , mandi , kelam kabut nak pegi sepital . ha ha . aku masih tenang . almaklumlah tak sakit lagi . siap leh ajak , singgah mamak breakfast . hehehe .. dah lapar , haruslah makan . sebab nurse kat KK tu cakap , sebelum sakit makan dulu sebab bila dah masuk sepital tak sempat nak makan . nanti tak de tenaga . uhuhuhu ... sampai sepital bukaan baru 3 cm . dalam kul 10 dia buka 4.5cm kul 11lbih dia buka 5cm , diorang dah standbay nak bawak aku masuk ward . time tu , kesakitannya ALLAH je tahu . 5min sekali . sakit . jangan tanya mcam mana sakit contraction tu . orang yang nak melahirkan tu je yang akan rasa hazabnya . naik ward dalam kul 12, then nurse tu check lagi bukaan . huh , dia godek3 bawak tu , lepas sorang sorang , sampai bukaan aku jadi 10.5cm , diorang kata fully booked . aku pun diorang tolak masuk labor room . OK . HTAR , Klang , suami tak boleh masuk . dengan segala kekuatan aku ada , aku guna untuk mengeluarkan anak tercinta . YA ALLAH . tak dapat digambarkan dengan kata-kata kesakitan dalam melahirkan amanahMU ya ALLAH .. setelah setangah jam aku bertarung nyawa meneran . tenaga aku semakin berkurangan .. dan seterusnya Doctor panggil forcept . huh , lagi satu azab ketika tu .. dan tepat jam 1331 , bayi lelaki aku selamat lahir ke dunia Alhamdulillah . ;) tapi aku seperti orang yang dah kehilangan tenaga . tak mampu berkata-kata . tak mampu memenang Rayyan , hanya mampu memandang . banyak darah aku yang keluar , sehinggan doctor yang keluarkan uri tu yang sepatutnya jahit luka aku panic dan panggil doctor senior untuk uruskan aku .. luka aku memang banyak , sebab kelahiran menggunakan forcept
ada 3lapisan jahitan . 2 lapisan di dalam , 1 lapisan di luar . ya ALLAH . sekali lagi , orang kata doctor jahit tu macm kena gigit semut , aku tak ! sakit gila dia jahit , walaupun dia dah vius aku 2x. arghhhh ..
dan dugaan lain datang , Nurse bawak rayyan dan bagi thu rayyan terpaksa di tahan kat wad sebab nafas dia laju . tapi time tu aku tak bape nak ada perasaan sebab aku sangat2 banyak kehilangan tenaga .
dari aku bersalin 1331 tu aku kua dari labor room pukul 1641 , lama kan ? huh . penat .
aku diorang bawak ke wad . rayyan aku tak sempat pegang . en.suami pergi tengok Rayyan dulu , azankan Rayyan . tapi aku tak larat lagi nak pegi . tak mampu nak bergerak .. dalam pukul 6ptg , aku gagahkan diri , nak cuci darah tu , time aku nak turun dari katil darah meleleh ke lantai masa aku turunkan kaki dari katil . en.suami dah tak keruan , dia panggil nurse , nurse suruh dia tolak aku guna kerusi roda pg toilet . and monitor aku , takut aku pitam . ye . aku nyaris pitam . sebab terlalu banyak darah yang keluar dari badan . nasib baik en.suami  banyak membantu , walaupun dia gelakkan aku . ye lah dia tak pernah tengok aku sakit . mungkin dia kelaka kot tengok aku cmtu . hahaha . tak kisahlah , asalkan dia tolong . then , kitorang pegi wad kanak2 . satu perasaan indah bila aku dapat tengok rayyan . ;) memberikan dia titisan emas amanah Allah pada aku untu di berikan pada dia ..
ini Rayyan pada hari pertama . dan RAYYAN ADALAH HADIAH BIRTHDAY yang paling indah sampai bila-bila . hadiah dari Allah <3


Rayyan Day 1 (23-08-2012)
hari ke 2 , Rayyan dan Mama dapat pulang ke rumah ! Alhamdulillah :)

dugaan Seterusnya datang .. bila hari ke3 , nurse datang check rayyan kat umah .
rayyan dikatakan kuning , perlu kehospital untuk ujian darah , nak tengok tahap kuning dia .
ye , sekali lagi ke HTAR . dan Rayyan perlu di tahan sekali lagi . hati ibu mana tak luluh .
luluh rasanya . di tambah pulak tak ada tempat kosong untuk ibu tidur bersama baby . menangis sepanjang malam . tak boleh tido . ALLAH je tahu . tak thu nak mengadu kat sapa tertekan sangat2 . last-last , aku msg mak aku . Mak je faham . mak yang tenang kan . hanya mak yang mengerti . aku nak mengadu kat en.suami , tapi akutengok dia pun dalam keadaan tertekan . so , aku diam kan je . pagi besoknya , aku ngan dia pgi hospital nak tngok buah hati mama tercinta ... tengok rayyan duduk bawah lampu . hancur hati . kesian , sedih . tengok tangan rayyan bertampal . doc ambik darah . bertambah berdarah hati ibu . T_T .
Alhamdulillah , nurse kata ada katil kosong untuk ibu dah bayi , sebab ubat sakit kuning hanya SUSU IBU .
;') 2hari tidur dengan Rayyan di ward . Alhamdulillah . 3hari Rayyan kuning rayyan di tahap selamat . <3
meh tengok gambar bawah . hati ibu mana boleh tahan  , tengok anak tercinta macam ni .. ;'(

siap pakai spek . ;'(



bermulalah kehidupan mama , baba dan rayyan . baba kata "INI KELUARGA KECIL SAYA" .
terharu okeyh ! ha ha ha .
Alhamdulillah , Rayyan membesar dengan jayanya !


pengorbanan ibu adalah tidak mampu dibalas . percayalah






Sunday, November 11, 2012

bukan berhenti . cuma . berehat ;)

Assalamualaikum .

 Lama nye tak update belog . maaf .;)
but don't worry . walaupun tidak mengupdate .
tapi masih lagi membaca belog semasa .

ehem . apa nak cerita ye . banyak sangat yang nak dicerita .
susah pulak nak menyusun ayat . ha ha ha .
objek bulat dah kempes taw .
sebab objek bulat dah keluarkan objek bulat junior
supaya beliau boleh melihat dunia .

sekian , terima kasih .

macam mintak penampo je wat entri gini . hahaha 
 

Sunday, July 15, 2012

Ramadhan tahun ini

Ramadhan tahun ini ,
sudah berdua ,
sedang berbadan dua ,
sedang menanti hari untuk menyambut insan baru ,
semuanya cukup indah ,
segalanya ALAHAMDULILLAH ,
rezeki Allah bagi ,
ujian yang aku terima ,
kerana Allah hendak berikan nikmat yang besar .
MasyaALLAH ,
betapa sayangnya Allah pada kita.

semoga ramadhan ini memberikan seribu kerahmatan dalam hidup kita .
INSYAALLAH ;)

saya boleh berpuasa penuh tahun ini . syok . semoga Allah berikan saya kekuatan . 

Wednesday, July 4, 2012

kalau berhak untuk letakkan noktah

Asslamualaikum .. ;)
hari ni bermula seperti biasa .
hari ini ada DUGAAN yang datang .
hari ini , aku merenung sendiri , membuat pengiraan ,
cuba mencari ruang untuk bernafas ,
mencari sedikit ketenangan untuk tersenyum ,
mencari erti kesabaran .

setiap manusia ada dugaan sendiri ,
setiap manusia ada masalah yang disimpan ,
ada jenis menyimpan masalah hanya di kemam dalam hati . TAK TERLUAH .
ada yang menghamburkan masalah dengan niat melepaskan sedikit tekanan .
walaupun hanya meluahkan . cukup untuk dapat SEDIKIT ketenangan .

ustaz kata " fikirkan yang positif tentang dugaan Allah , allah berikan nikmat maknanya Allah sayangkan kita ,
kalau Allah tak beri apa yang kita minta , maknanya Allah sedang menguji kita , kalau Allah tarik apa yang kita ada bukan sebab Allah tak sayang kita , tapi Allah nak hadiahkan yang LEBIH BAIK dari apa yang kita ada "  ya Allah , betapa sayangnya Allah pada kita . cuma kita yang sering lupakan dia , sering mengira berapa banyak kesusahan yang allah berikan , tak pernah sedar berapa banyak nikmat yang Allah berikan tanpa minta bayaran . aku juga hamba yang sering takbur . ;'(

heee .. bunyik aku ni , sadis sungguh hari ini ... nyah kau dari sini ..
kerja makin hari makin banyak .
masalah sedang berlumba minta diselesaikan .
YA ALLAH , berilah aku kekuatan .

sekian . sekadar mengongsi rasa .

berada dalam tekanan . emosi  .

Thursday, June 28, 2012

HORMON

badan saya berat . pertambahan sebanyak 10kg dengan sekelip mata .
gerun . takut . argh .. ITU NORMAL untuk orang macam aku .
heee .
bukan senang berbadan 2 . sangat lah susah okey .
sebab tu bile korang derhaka . memang mak korang layak cakap
"kalau aku tahu korang macam ni , baik dari dulu aku rendam kau dalam kolam"
memang layak . seorang ibu layak cakap macam tu .

walaupun aku dari mula bukan jenis yang muntah lah bagai .
tapi jalan cerita aku lain , aku sakit pinggang yang teramat sangat . sampai sekarang . okey !
6bulan setengah sudah aku menderita sakit pinggang .
semua posisi tak kena  , tido tak selesa ,
belum lagi SELULIT dengan senang hati menjalar atas perot .
belum lagi , hormon yang buat leher dan Mr. Keti jadi hitam seperti berdaki dan tak mandi ,
tapi kau gosok lah macam mana sekali pun . tetap tak kan hilang .
belum lagi kebas tangan , sampai nak genggam pisau pun sakit .
so , en.suami yang terpaksa take over .
SEGALANYA TIDAK KENA . sungguh .

bukan mengeluh just nak kongsi dengan korang .
aku ni manusia biasa , banyak dosa aku ngan mak bapak aku ,
mana melawannya , mana buat perangainya , mana buat diorang susah hati lagi ,
huh , menyesal , susah weyh mengandung ni ,
tapi ada nikmatnya , bila korang scan , korang nampak ade heatbeat dalam perot korang .
Ya Allah . Indah nye .. ;')

aku sekarang banyak gile kerja ,
tak leh tangguh-tangguh ,
nanti nak cuti 2bulan ,
kesian colleague aku nak cover keje aku ,
kalau aku ade tinggal kerja kan ..


banyak perkara nak fikir .
tapi rezeki pun banyak ..
Alhamdulillah .. my life going better ..
walaupun ade banyak benda nak fikir , tapi segalnya berjalan lancar ..

"tak semua perkara yang kita rancang akan terjadi , tapi selagi kita bersabar , akan ada ganjarannya" :)

Friday, March 30, 2012

Nanti

helloo .. Assalamualaikum ..

nanti kite update ye . sedikit sebok .
maaf . ;) rezeki Allah bagi .


sekian , terima kasih . <3

Wednesday, February 22, 2012

lets talk about forgiveness

sumber * Uncle google yang baik hati*


Assalamualaikum . hi . ;)
lama sangat dah rasanya aku tak update .
terlalu banyak perkara yang berlaku .
sepantas kilat . aku pun dah memulakan hidup baru .

menjadi seorang isteri , menjadi seorang anak , menjadi seorang menantu ,
dan InsyaAllah , akan menjadi seorang ibu .
hidup aku sekarang Alhamdulillah . tak malu untuk aku cakap ,
aku bahagia , walaupun dengan gaya hidup sederhana .
tapi Allah membantu hambaya yang bernikah kan ?
walaupun sikit . tetap cukup . itu lah nikmat berkatnya rumah tangga .
tak percaya? cube korang kaweennn dulu ... hihihihi ..

sebenarnya , entri ni . tak terlalu berat .
cuma nak cerita tentang KEMAAFAN .
ada orang yang senang nak mintak maaf .
ada orang yang ego nak mintak maaf .
ada orang yang senang memaafkan .
dan ada orang yang sukar memaafkan .
manusia ini kan berbeza hatinya ?

dalam dunia ni , kita mungkin tak kan jadi sempurna ,
kita mungkin akan buat salah ,
kita akan rasa bersalah ,
dan maaf itulah ubat untuk menghilangkan gelisah hati rasa bersalah tu .
benar !
dan memaafkan akan padamkan dendam . percaya lah

aku mengaku , aku pernah sakitkan hati orang .
aku pun pernah rasa sakit hati .
aku pernah mintak maaf .
aku pernah memaafkan .

bagi aku , aku sangat lah legaaaa bila aku dah mintak maaf kat orang .
dan bila orang mintak maaf kat aku .
hati aku senang sangat . dari marah terus tenang . ;)
tapi kadang-kadang , orang tak mintak maaf pun . aku dah maafkan .
walaupun orang nampak aku tak nak layan orang tu , aku taknak pandang orang tu ,
aku jauhkan diri dari orang tu , tapi yang betulnya ..
aku tak dendam . cuma aku takut sakit hati ,aku takut kecik hati lagi ..
jadi' lebih baik aku menyendiri ..


p/s: saya tak ade masalah dengan awak .
kalau awak ada masalah dengan saya .
saya mintak maaf . ;) semoga awak sihat !

Friday, January 6, 2012

pahit itu ubat , air mata itu teman

hey . Assalamualaikum .
lama tak update , banyak nak cerita ,
tapi ada banyak jugak yang tak boleh di cerita kan .
well ,
its All about LOVE .
family , friends and my other half .

makian dah jadi teman ,
kesalahan memang pahit untuk di telan akibat nya .
hidup dalam rasa bersalah memang satu hukuman .
mungkin manusia lain boleh meletak kan hukuman .
mungkin manusia lain boleh beri kan berbakul makian .
akur dan terima .

kesalahan itu terlalu besar untuk di terima akal ,
aku letak kan diri aku sebagai PESALAH ,
aku mengaku bersalah ,
Semoga Allah akan mengampunkan dosa aku dan membersihkan hati aku yang kian hitam ,
senyuman itu memang menghilangkan duka ,
tapi senyum ketika hati sedang bergolak menahan rasa terluka
memang payah . sangat sukar . sangat-sangat .

semoga ini kesalahan terakhir .
ini yang terakhir .
biarlah orang membuang aku dari hidup mereka ,
tapi aku semakin dewasa dengan kesalahan ini .

Insya-Allah . satu pesanan yang selalu aku abaikan saat diri semakin jauh dari-NYA.
dan sekarang aku sangat-sangat merasa tenang apa bila mengatakan nya ,
"mengadu dengan Allah andainya hati sakit , jiwa tak tenang , kerana Allah yang lebih mengerti dan mengetahui tahap kemampuan hambanya" .

alhamdulillah . Allah masih beri aku peluang memperbetulkan keadaan yang genting saat ni .
mencari sesaat waktu mahu melempiaskan rasa berslah ,
namun , itu lah kenyataan .
takut rasa yang ingin di luahkan itu menambah luka di hati
Insan yang menyayangi aku dari aku kecil .

I've moved.