Tuesday, November 8, 2011

pengumuman-pengumuman

hai . hai .
aku sangat malas nak berkerja hari ni .
tapi , apakah daya . ini tanggungjawap .

sambungan dari entri sebelum ni .
aku pulang ke kampung minggu tadi . bahagia dan gemok okay .
makan , tido , tengok tv , gelak-gelak , men lari-lari ngan batrisyia ,
berangan , dan akhirnya harus pulang ke klang . berat rasanya .

hm .. bukan itu yang aku nak katakan . tapi aku nak kongsikan sesuatu ,
itu agak rahsia dan harus di rahsia kan .
tapi nak jugak berkongsi perasaan . mana tahu lepas ni korang lak yang akan rasa ,
atau pun mungkin , korang dah rasa kan sebelum aku .

satu pengakuan berani aku nak wat kat sini .
seusia muda ini , aku dan en.tembikai susu dah merancang strategi untuk langkah seterusnya .
bukan senang nak laksana kan taw .
kalau ikut agama , ianya lebih mudah , tapi kerana masyarakat , kami terpaksa mengikut adat juga . jadi agama memang utama tapi adat seiring . tapi kami meminimumkan adat untuk di patuhi . selain jimat belanja , jimat masa juga !

bila aku cakap macam ni , korang pasti faham kan , apa rancangan nya .
sebanarnya aku tak tahu cmne nak cakap , tapi rasa tu jadi lain ,
sayang tu , rindu tu , cinta tu semua lain .
hati berdegup makin kencang . setiap hari lebih kencang .
akal ligat memikirkan , macam mana nak menjayakan impian ,
macam mana kehidupan selepas impian tercapai .
terlalu banyak . itu yang mematang kan . benar .

memikirkan keluarga ke dua belah pihak ,
campur tangan orang tua harus di ambil kira ,
kewangan , agama , ilmu perkahwinan semua harus di sediakan .

namun , ade juga yang menyatakan dan menghalang niat kami .
alasannya kami terlalu muda .
keras sungguh dia kata kami tak matang , tak kenal antara satu sama lain .
bukan aku menidak kan pendapat dia ,
aku hormat , tapi cara dia cakap tu macam aku dan en.tembikai susu tak layak untuk membina masjid idaman . hmm . hard to say lah .

ini pendapat aku , siapa yang nak bertanya ,
"puas ke kau enjoy fad?"
"korang muda lagi fad, masing-masing tak matang , kena kenal hati budi masing-masing"
atau memberikan aku aku statement " kau dah nak kawen sangat ni , kau tak sedia lagi , kau jangan menyesal satu hari nanti"

cmni lah kawan-kawan,pakcik makcik, abang dan kakak .
ini jawapan saya . saya bercinta dan nak masuk 2 tahun dah .
rasanya dah kenal , tapi dalamannya dan sedalam-dalamnya memang tak boleh kenal ,
sebab tak duduk sebumbung , tak tidur sekatil , tak makan sepinggan , jadi tak tahu lah dia tu malas bangun pagi , tak suka gosok gigi ke , tak pandai basuh baju sendiri ke , itu aku tak tahu , sebab tu lah kemanisan berkahwin . belajar menerima , kelebihan dan kekurangan .

kalau korang cakap pasal enjoy .. sampai bila-bila pun tak habis enjoy . seronok dunia ni , tak kan habis pun . lepas kahwin pun boleh enjoy kan ? lebih halal . ada orang jaga , lebih bertatasusila kan ? setiap enjoy dengan suami tu bertukar pahala bila niatnya kerana allah kan ?
kalau orang cakap aku kolot mungkin . tapi , betul lah , aku n i tak berapa baik pun ,
tapi tak salah aku ingat yang aku ni hidup berTUHAN kan ? *maaf sedikit emosi"

kalau korang cuba menakutkan aku dengan statement yang hidup berumah tangga ngan bercinta lain . aku sedia maklum dan terima memang lain . memang aku tak pernah rasa . tapi aku dah tekad untuk redha . bila aku masuk ke alam tu , biar lah aku rasa sendiri macam mana perasaan nya . kalau yang tak kawin lagi tu cakap . ape kata korang kawin dulu . baru cakap , kalau yang dah kawin tu cakap : baik lah , akur . tapi mana ada hubungan rumah tangga yang tak di landa dugaan kan ? yang penting niat .

ada pepatah kata "GURU TERBAIK ADALAH PENGALAMAN" ;)

berdebar menanti 27nov2011

No comments:

Post a Comment