Tuesday, November 29, 2011

21 tahun , ada masalah dengan angka itu ?

gambar bukan isu utama . *terima kasih pakcik google

Kedudukan di betul kan . he he . Assalamualikum .
tajuk tu macam best . tapi waktu nak hapdet macam tak bape nak cukup .
so, kita wat quick update je lah okey ? ha ha ha .

on 27nov2011 hari tu . okey , lebih tepat kelmarin .
abah & mak en.tembikai susu datang sebagai ejen perisik .
dengan ayat "kami datang nak menyunting bunga di taman , sudah berpunya kah belum ?"
boleh tak ? ayat nye gitu ? ha ha ha .
malu*malu*malu*
aku tak balik kampung sebab malu . ha ha . sungguh tak bagus kan ?
kat sini aku dak enjoy berjalan-jalan dengan si tembikai susu .
memang macam tenuk . ha ha ha .

okey . aku dah dirisik . cincin sudah diterima . yeah !

ps : tak sabar nak blik kmpung amek cincin . gatal . huhuhu :)

Friday, November 25, 2011

senyum lah ;)

bukan sesuatu yang mudah untuk menyembuanyikan kelukaan ,
bukan mudah menebalkan kesabaran .
semuanya bukan semudah 1,2,3 dan sebut A,B,C .
ianya sakit . mungkin boleh diceritakan . tapi rasa tak dapat di kongsikan .
mungkin boleh senyum . tapi tak mampu nak sembunyikan luka .
mana nak pergi ? mana nak bawak diri . hidup sentiasa memikirkan tentang insan lain .
sampai terlupa tentang masa untuk diri sendiri .
terlalu banyak terluka dengan insan lain . tapi tak mampu melukakan .
hidup ini penuh dengan dugaan . semoga allah menambahkan level kesabaran .
insyaallah . :)

Thursday, November 24, 2011

TAKEN ON THE WAY

pakcik google yang baik hati . Terima kasih .


It's Friday friends ,
Alhamdulillah . Allah memberi pinjaman nikmat hidup pada kita . masih . ;)
hari-hari berlalu seperti biasa . agak kesibukan untuk minggu ini .
dengan tuntutan kerja yang melampau dan ditahap yang begitu kritikal .
nevermind , masih dalam keadaan terkawal . tapi sedikit tekanan berlaku .

hari nya makin hampir . aku ambil keputusan untuk tak menyibuk nak balik kampung bagai .
bukan tak rindu . tapi malu .
biarlah ORANG LAMA yang bincangkan . tidak mahu nampak "gedik" gatal nak kawen .
ha ha ha .

dugaan nak mendirikan masjid ini bukan nya senang . panas dah terasa . YA ALLAH . kau kukuhkan lah jodoh kami . bosan kan ?
okey bye .

malaysia menang sukan SEA .
tapi kalah degan syiria .
tapi aku tetap bangga jadi anak MALAYSIA .

Tuesday, November 15, 2011

bukan mudah nak ikhlas .

*SUMBER PAKCIK GOOGLE*


"orang yang ikhlas adalah orang yang tidak mempunyai masa untuk sakit hati"

bukan senanag nak ikhlas , sedar kah kita saat mulut menyatakan keikhlasan , itulah bukti kita tidak ikhlas , bila kita sebutkan perkataan tu . entri ini mungkin sedikit tertekan . hanya menyampaikan rasa , dan mungkin berkongsi pendapat . Allah memang menciptakan PERASAAN sebagai satu anugerah dan ciptaan yang begitu halus.


bukan senang aku nak tengok kau dengan dia ,
bukan senang aku nak tersenyum saat hati ku menangis ,
itu cerita lama , yang saat hadir kembali ,
luka lama berdarah semula . Ya ALLAH.
ikhlaskan hati ku .

Tuesday, November 8, 2011

pengumuman-pengumuman

hai . hai .
aku sangat malas nak berkerja hari ni .
tapi , apakah daya . ini tanggungjawap .

sambungan dari entri sebelum ni .
aku pulang ke kampung minggu tadi . bahagia dan gemok okay .
makan , tido , tengok tv , gelak-gelak , men lari-lari ngan batrisyia ,
berangan , dan akhirnya harus pulang ke klang . berat rasanya .

hm .. bukan itu yang aku nak katakan . tapi aku nak kongsikan sesuatu ,
itu agak rahsia dan harus di rahsia kan .
tapi nak jugak berkongsi perasaan . mana tahu lepas ni korang lak yang akan rasa ,
atau pun mungkin , korang dah rasa kan sebelum aku .

satu pengakuan berani aku nak wat kat sini .
seusia muda ini , aku dan en.tembikai susu dah merancang strategi untuk langkah seterusnya .
bukan senang nak laksana kan taw .
kalau ikut agama , ianya lebih mudah , tapi kerana masyarakat , kami terpaksa mengikut adat juga . jadi agama memang utama tapi adat seiring . tapi kami meminimumkan adat untuk di patuhi . selain jimat belanja , jimat masa juga !

bila aku cakap macam ni , korang pasti faham kan , apa rancangan nya .
sebanarnya aku tak tahu cmne nak cakap , tapi rasa tu jadi lain ,
sayang tu , rindu tu , cinta tu semua lain .
hati berdegup makin kencang . setiap hari lebih kencang .
akal ligat memikirkan , macam mana nak menjayakan impian ,
macam mana kehidupan selepas impian tercapai .
terlalu banyak . itu yang mematang kan . benar .

memikirkan keluarga ke dua belah pihak ,
campur tangan orang tua harus di ambil kira ,
kewangan , agama , ilmu perkahwinan semua harus di sediakan .

namun , ade juga yang menyatakan dan menghalang niat kami .
alasannya kami terlalu muda .
keras sungguh dia kata kami tak matang , tak kenal antara satu sama lain .
bukan aku menidak kan pendapat dia ,
aku hormat , tapi cara dia cakap tu macam aku dan en.tembikai susu tak layak untuk membina masjid idaman . hmm . hard to say lah .

ini pendapat aku , siapa yang nak bertanya ,
"puas ke kau enjoy fad?"
"korang muda lagi fad, masing-masing tak matang , kena kenal hati budi masing-masing"
atau memberikan aku aku statement " kau dah nak kawen sangat ni , kau tak sedia lagi , kau jangan menyesal satu hari nanti"

cmni lah kawan-kawan,pakcik makcik, abang dan kakak .
ini jawapan saya . saya bercinta dan nak masuk 2 tahun dah .
rasanya dah kenal , tapi dalamannya dan sedalam-dalamnya memang tak boleh kenal ,
sebab tak duduk sebumbung , tak tidur sekatil , tak makan sepinggan , jadi tak tahu lah dia tu malas bangun pagi , tak suka gosok gigi ke , tak pandai basuh baju sendiri ke , itu aku tak tahu , sebab tu lah kemanisan berkahwin . belajar menerima , kelebihan dan kekurangan .

kalau korang cakap pasal enjoy .. sampai bila-bila pun tak habis enjoy . seronok dunia ni , tak kan habis pun . lepas kahwin pun boleh enjoy kan ? lebih halal . ada orang jaga , lebih bertatasusila kan ? setiap enjoy dengan suami tu bertukar pahala bila niatnya kerana allah kan ?
kalau orang cakap aku kolot mungkin . tapi , betul lah , aku n i tak berapa baik pun ,
tapi tak salah aku ingat yang aku ni hidup berTUHAN kan ? *maaf sedikit emosi"

kalau korang cuba menakutkan aku dengan statement yang hidup berumah tangga ngan bercinta lain . aku sedia maklum dan terima memang lain . memang aku tak pernah rasa . tapi aku dah tekad untuk redha . bila aku masuk ke alam tu , biar lah aku rasa sendiri macam mana perasaan nya . kalau yang tak kawin lagi tu cakap . ape kata korang kawin dulu . baru cakap , kalau yang dah kawin tu cakap : baik lah , akur . tapi mana ada hubungan rumah tangga yang tak di landa dugaan kan ? yang penting niat .

ada pepatah kata "GURU TERBAIK ADALAH PENGALAMAN" ;)

berdebar menanti 27nov2011

Saturday, November 5, 2011

saya ada kampung , awak ada ?

hey , aku taip entri ni sepantas yang mampu , seringkas yang boleh , sepadat mungkin.
tengok entri pon da tahu kan ? peristiwanya adalah : RAYA KORBAN .
haruslah semua orang yang ada kampung pulang ke kampungkan . begitu juga aku .
aku bukan orang bandar , tapi merantau di bandar . ;) demi sesuap nasi , aku gagahi juga .
kali ni , aku rasa lain , aku rasa tak sabar sangat nak balik kampung . mungkin sebab aku rindu orang kampung dan anak-anak kakak sulung aku , caca ngan akid . sumpah rasa diorang tu terlalu suci dan aku sangat sayangkan mereka . terlalu berharga anugerah dan kurnia yang allah beri pada aku , KELUARGA SEMPURNA . keluarga yang sanggup terima aku walau besar mana kesalahan aku , keluarga yang sanggup bersusah senang bersama aku . terima kasih KELUARGA ! ;') besar pengorbanan mereka pada aku . terutama mak dan bapak . tak pernah kata TIDAK atas kehendak dan keperluan aku , yang didik aku jadi manusia , beri aku makan pakai tempat tinggal bawak pergi klinik bila sakit , beri aku pendidikan secukupnya samapai aku jadi macam sekarang . walau pun tak lah seGAH orang lain , tapi cukup untuk meringankan beban mereka dan buat mereka kata "anak aku jadi jugak orang berguna" . aku tak cukup sempurna , aku manusia biasa , tapi apa yang aku tahu , aku akan cuba buat mereka senang , mereka senyum untuk ubat jerih payah pengorbanan mereka pada aku .
itu saja mungkin . aku dah kat kampung !
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN .
*ingatlah , ramai yang sudah berkorban untuk kita , hargailah*
adik aku dok kua masuk bilik nak pakai notebook ni . heee~

Friday, November 4, 2011

senario pulang kerja

hai hai . Assalamualaikum ..
lama tak hapdate belog ini . rindu rasanya , bukan tak ade cerita nak aku ceritakan ,
tapi masa yang tak mengizinkan .
;) penat tau jadi orang yang baru nak biasakan diri dengan alam DEWASA ni . hik2 .
*aku masih lagi merasakan yang aku muda remaja*

seperti yang tuan , puan , saudara serta saudari sedia maklum .
eceyceh .... macam berpidato kau kan . ha ha ha . lama rasanya tak syok sendiri .
menulis , dan tak pasti siapa yang membaca , mungkin cik kiah sebelah umah , atau pak meon jiran kampung , mak timah jual pecal , atau kakak hot pakai baju bling-bling . dan yang paling ngeri adalah abang sexy yang aku admire macho ala-ala farid kamil . okey . sekian cerita . terima kasih membaca .


eh , belom-belom .
ceritanya adalah , aku ni kan kakak rempit yang balik kerje dan pergi kerje , balik kampung bawak motor, pergi pasar nek motor , dan mana-mana lah yang memungkinkan aku naik motor .
jadi, setiap hari HAMSTER merah lah menjadi teman setia , yang sanggup berhujung panas , dan sanggup berdebu asalkan dapat pastikan aku sampai ke destinasi .
aku pulang dari kerja jam 5.30 petang , dan pastinya aku lah yang pukul 5.15 dah shutdown PC .
almaklumlah , perjalanan aku dari PJ ke klang mengambil masa 1jam . tak termasuk keadaan jalan yang menakutkan bila hujan dan jem .

semalam ,ada kejadian yang buat aku kecewa tau .
ade lah abang yang motor dia rosak , pastu ada pakcik tarik motor dia .
ok fine lah , lorong motor jadi sempit .
trafik jalan motor jadi slow lah sikit . sebab tak boleh nak potong diorang .
so, aku dan geng-geng abang-abang yang balik kerja naik motor ni dengan sabar lah , follow sementara nak lepaskan jalan sempit tu .
kesian aku tengok , abang moto rosak tu mesti stress balik kerja penat . motor tak boleh hidup.
so , aku pun sabar je lah dengan kelambatan tu , sebab aku pasti ini hari dia , ntah esok lusa hari aku ..

tapi , ada orang yang sangat menyakitkan hati kat belakang aku yang HON HON HON dan terus HON . macam haram jadah mintak makian dengan aku . tak reti sabar , dok blakang aku aku still leh dengar dia cakap "huh,menyusahkan , lembap" . aku kan , mmg rasa nak sepak je muka di alaju-laju . macam dia je penat . macam dia je nak cepat . orang lain pun nak cepat jugak tau ! tapi orang lain boleh je sabar , tak nak tolong pun , tolong bersabar kan boleh . ape lah .

orang kita ni , kalau Motor orang rosak , tak de nak tolong nye *kecuali orang berhat mulia* tapi bila excident sebok lah nak tenggok , jalan pun leh jem sebab semua orang nak tengok kejadian .
satu je yang aku nak cakap adalah "time orang susah , tolonglah faham keadaan orang tu letak orang tu di tempat kita" . kalau tak nak tolong p[un tak pe . tapi tolong faham .

sekian sahaja , KITA JANGAN JADI ORANG YANG PENTINGKAN DIRI . ye kawan-kawan .
kita baik , balasannya nye pun baik , kalau tak dapat kat dunia pun ALLAH akan bagi kat sana nanti .

mak&abah tak senang tido kata en.tembikai. 27nov2011. ;)